17 February 2014

Zero2Hero Kota Kinabalu Is Back!!!

Bismillahirahmannirahim. Have you had your shake for healthy "breakfast" today? :) 

SubhanaAllah, Jika tiada cabaran dalam perjuangan, hilanglah juga kemanisan kejayaan. Janganlah sesekali kita berdoa agar dijauhkan dari cabaran, kita berdoa agar kita sentiasa dapat melalui cabaran yang diberikan oleh Allah. May Allah guide & grant us strength. Aameen!


*********************************************************************************

For the 1st time people yang dengar, "Zero 2 Hero" ni, mesti kamu tertanya apa benda ni???

Zero2Hero ini merupakan event HERBALIFE, well known as event yang "CHANGING PEOPLE, “YOU, I & THEM – “US” LIFE"!

Sebelum HERBALIFE, saya dan suami ada menjalankan bisnes juga tapi rasa stress & tension dengan bisnes kami sendiri. Nauzubillah. When we've decided to join HERBALIFE BUSINESS, Alhamdulillah, all going to be right. Stress pun masih dalam kawalan. Mahu ubah diri ni, kita banyak cabaran. Sudah namanya BUSINESS pasti tidak lari dari hasutan syaitan utk melemahkan semangat dalam perjuangan. Wallahualam.

Alright, back to the topic! 



Believe! Zero2Hero sangatttttt best, dibandingkan dengan harga tiket yang HANYA RM 80 sahaja [Early Bird]. Harga tiket sudah naik ke RM95 [Angry Bird]. Hurry up! Saya masih ada ticket early bird, siapa mahu cepat contact saya! Kamu kena rasa bersyukur & bertuah, tiket Zero2Hero sini hanya Rm80/Rm95 compared dengan Zero2Hero di Semenanjung Malaysia dalam Rm260 (includes Hotel + Meals) exclude tiket flight. Haaaa fikir sendiri! Tapi stillllll ramai yg attend. Termasuk sayaaa! Alhamdulillah.

Kamu pergi & rasai sendiri!

This is my 3rd Zero2hero in Kota Kinabalu & Total 6 Zero2Hero (Kota Kinabalu + Semenanjung Malaysia) ^__________________________________________^

“If we unwilling to face the unusual, we have to settle for the ordinary”

Ordinary yang macam mana? Perkara biasa macam terpaksa cut budget shopping, bagi keluarga stuff yang biasa-biasa sahaja, cut budget holiday atau tidak pernah berniat pergi holiday langsung, harga minyak naik, naik motor sja pergi kerja rather than naik kereta sebab pakai banyak minyak, we don't like people yell at us but we dont have choice. Face it for the rest of our life. So think again, the rest of our life.

Ada orang tanya, “Apa keistimewaannya kalau event ni?? Sudahla byr mahal”

Me: Alhamdulillah, kamu akan dapat bertemu dengan students/distributors yang LUAR BIASA semangatnya mahu berkorban masa mudanya untuk FUTURE YANG LEBIH BAIK. Kamu juga dapat berkongsi pengalaman / personal development mereka dalam business. No worries, BELIEVE ME, kamu tidak akan menyesal. InsyaAllah! Kamu akan menghargai peluang yang saya beri.

InsyaAllah, kamu juga akan mempelajari details about PRODUCTS HERBALIFE & Testimoni mereka yang telah berjaya hasil dari PRODUCTS yang LUAR BIASA.

InsyaAllah, kamu juga akan mempelajari skills untuk memulakan bisnes even TANPA MODAL yang banyak. So, DECIDE NOW!! InsyaAllah, it's will change your life!

Dan,
BANYAK LAGI.... COME & LEARN!

Dear kawans,
Saya memerlukan 5-10 orang untuk menemani saya ke Zero2Hero Kota Kinabalu pada 22 -23 February 2014! Masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket. Jom, belajar dua hari, insyaAllah will change your life!

Kenapa MESTI pergi Zero2Hero???

-Anda tertanya2 apa benda la dengan Herbalife ni. Kenapa kami sangat mahu buat bisnes ni?
-Anda memang pengguna Herbalife dan tertanya2 macam mana Herbalife ni boleh buat duit?
-Anda memang berminat mahu buat bisnes Herbalife tapi tidak tahu cara dan langkah2 yang sepatutnya?
-Anda masih skeptikel dengan Herbalife dan mahu tahu gambaran yang lebih besar tentang Herbalife?

-Anda mahu tengok adakah Herbalife sesuai dengan diri anda?
-Anda mahukan program yang boleh menaikkan motivasi diri anda?
-Anda mahukan penerangan dengan detail tentang setiap produk dalam Herbalife?
-Anda mahukan penerangan dari sudut perubatan tentang produk dalam Herbalife?

Kalau anda ada sekurang-kurangnya satu daripada di atas, atau lain-lain sebab berkaitan Herbalife, Zero To Hero adalah tempatnya!


BERMINAT??

HUBUNGI SAYA

019 – 583 6586
  

08 February 2014

Ohh My Detergent!!

Bismillahirahmannirahim. Have you had your shake for healthy "supper" today? :)

Hehe. Harus ditekankan ayat "supper" tu sebab tengah malam datang mood update blog. Mood ini disebabkan line broadband lebih lajuuu dari hari-hari biasa. Alhamdulillah. Eihh korang, kalau yang belum ada "healthy supper" tu contact saya laju2 k. Ada package yg baikk punya, rendah kalori, tinggi nutrisi, cepat disediakan dari mee segeraaa hehewww! :)

Okeeyy ni sebenarnya nak share pasal bahan pencuci atau nama glamer sikit "Detergent" :D Dulu kala time stay rumah-in law sebelum moved ke rumah sendiri, guna detergent jenis serbuk tu, apa2 saja la brand, x kisah sgt pun :) *bajett malas fikir hehe* Mummy (mom-in law) jenis sempoii, x kisah sgt hal2 brand, janji boleh cuci kain hehehe ^___^

Berbeza dgn rumah di Ranau, sejak dulu, mama memang fixed dgn brand "Attack" tapi still sama jenis serbuk tu. Memang diakui, selama guna "Attack" ni kalau kita rendam kain sehari dua, tiada bau melampau sangat compare dgn brand lain. *Brand lain ni refer dgn segala jenis brand yg mama pakai :D*

Okeihhh, tu cerita mama & mummy. Ni mau share ceritera detergent di rumah pula hahaha. Alhamdulillah, moved ke rumah sendiri bulan August 2012, tahun ni masuk 2tahun stay rumah sendiri. Sepanjang hayat selepas pindah rumah sendiri, saya ikut jejak mama, fixed guna 1 brand detergent. I choose "DYNAMO" :)

Antara sebab musabab saya pilih DYNAMO ialah sebab wangi dia sja haha. Dulu study, time stay hostel memang guna DYNAMO ni. Pengguna loyal la kiranya. Hahaha. Dulu jemur kain dalam bilik saja, weekend baru kain tu bertemu sinaran matahari. Weekdays busyyy di area kampus, ptg baru balik hostel. Kes malas lari ke hostel juga bila, "angkat kain, hujan nak turunnnn" -..-' 

Itu cerita zaman hostel 8years ago, zaman bujang, student masih & softener bagai2 ni memang tidak guna. Sekarang muncul pelbagai spekulasi dgn diri sendiri sja hahaha. Kisahnya sekarang, guna DYNAMO ni kena letak softener, asing2 time pula tu -.-' so saya kena jaga timing washing machine tu. Kalau tertidur time layan tv & machine masih gigih menjalankan tugasnya, alamat esok pagi kena run sekali lgi machine tu utk ltk softener :D Dapat imagine betapa susah payah duduk berdiri tgk timing machine tu? Hahaha *saya ni jenis tidak suka benda agak leceh begini* Hal basuh2 kain ni, encik suami memang bagi empowerment dgn saya 100% la hahaha. Thats why dia tidak bebel bila saya bertukar detergent yg baru! jengjengjeng ^________________^

Finally, after setahun lebih mengharungi susah payah, *havoc* hahaha 8/2/2014 saya dgn jayanya menukar brand detergent yg lebih produktif utk masa saya :) Hehe tadaaahhh

Ohh my detergent!! :D

Why brand "ATTACK":

  • Sebab brand pilihan mama. Pilihan mama always the great! InsyaAllah hehheh
  • "Attack Liquid Detergent Plus Softener" - Alhamdulillah, kini tidak perlu lagi jaga timing machine hehhe :)
  • Share info sikit pasal detergent ni, eihhh Tq mr. google :D

  1. Attack Liquid Detergent Plus Softener can remove stubborn stains effectively while added fabric softener helps to soften the fabric in 1 simple step.
  2. Innovatively formulated with Fibre-Smoothing Essence that can help smoothen the fiber in clothing materials and thus reduce wrinkles on the clothes after drying. 
  3. The unique and long-lasting light fruity fragrance stays after washing, leaving the clothes smelling fresh even after days of washing
Ok, ni sajalah sharing pasal ohh my detergent! hehehhe. 

TQ for reading! Babaiiii :)



LOSE WEIGHT/ GAIN WEIGHT/HEALTHY BREAKFAST
Ask Me For Personal Coaching 0195836586










31 December 2013

Blessed 2013


Bismillahirahmannirahim. Have you had your shake today?


Allah yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Nauzubillah -..-'

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28] 

*********************************************************************************

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tahun 2013 cukup mengajar saya dan suami tentang kasih sayang, cinta, syukur, pengorbanan, sabar & redha T_T

Kasih Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa. 

Kasih Allah kami diajar untuk menjadi pasangan yang redha dengan ujian-Nya. Kami manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama dua tahun enam bulan usia rumahtangga kami untuk berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Belum dikurniakan cahaya mata untuk menceriakan hari-hari kami, namun kami redha & insyaAllah terus bersangka baik dengan Allah. Dengan imtihan ini kami kenal erti kasih sayang, lebih menghargai, bersyukur, perikemanusiaan & sabar. 

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” 
(Al-Baqarah, ayat 216) 

Kasih Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya. InsyaAllah

“…di setiap kesulitan pasti ada kesenangan, di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” 
(Surah Al-Insyirah)

'sentiasa mensyukuri nikmat & ujian Allah'

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak. 

************************************************************************************************************

Terima Kasih Ya Allah kerana menghadirkan & meminjamkan kami insan-insan yang luar biasa dalam perjalanan mencari masa depan kami. Thank you so much my beloved upline Amalina Peter & Abqari Hamid.



"Always admire the top people in our field. Speak positively about them. Look up to them and use them as our role model. Try to emulate them in every way possible. Be happy for their success. Keep reminding ourself that anything that they have accomplished, we can accomplish as well. Be grateful that there are people ahead of us and making more money than us because this is proof that we can achieve the same goals. Always want for others what we want for ourself."


To my beloved Zauj, Thank you for always stand strong besides me! I love u always till jannah! InsyaAllah. May Allah always bless us T_T

18 December 2013

Keputusan Dalam Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

‘Guess if you can, choose if you dare’ 
-Pierre Corneillie-
************************************************************************************************************
Roda waktu tidak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?

Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.

Ada bezakah? 

Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.

Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting. 



  
‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do’
 -Elbert Hubbard-


1. Pastikan minda kita dalam keadaan baik

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.

Adakah ketika itu kita sedang marah? Atau sedang sedih? Kecewa? Geram? Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?

Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tidak gembira?

Kenapa perlu berbuat demikian? Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita.

Pastikan minda kita dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solat istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan kita : Positif. 

Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Fokus sudut pandang kita. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.

‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ 
-Paul Clark- 


 2. Menilai dan punyai matlamat yang jelas

Senang cerita, optimis.

Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.

Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara’.

‘Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ 
-Hasidic Saying-

Saya meningatkan diri sendiri, apa pun keputusan kita, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.

************************************************************************************************************
Why Herbalife

Mesti ramai yang tertanya, kenapa saya dengan Herbalife? Apa kaitan entry buat keputusan dengan Herbalife pula? :D Hehe

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Ilahi, setahun yang lepas Allah bagi ujian nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan. Bila-bila Allah boleh tarik nikmat ini. SubhanAllah. 

Setahun yang lepas, setelah Allah berikan nikmat makanan yang lazat, Allah turunkan pula ujian sakit. Sakit penghadaman. Kronik sembelit! Allah bagi ujian kecil saja pun, tapi bagi saya ianya sangat besar. MasyaAllah. 

Siapa tidak tahu apa Sembelit? Sebenarnya saya pun tidak tahu ulas apa sembelit secara formal, so dgn pantas saya meminta bantuan mr/ms google :D

Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita. - http://www.efarmasi.com.my  

Hah! Faham? 




Inilah saya & keadaan yang saya alami, sama persis seperti gambar diatas hehe. Sakit mau teran:D Bila membuang najis, sekali keluar dgn darah. MasyaAllah, hanya Allah yang tahu betapa luluh hati saya. Time tu, doktor sahkan juga tekanan darah saya sangat rendah. Apa tidak, asal membuang, darah turut keluar sama -..-'

Bagai menangis tidak berlagu Simpulan bahasa yang sangat sinonim dengan keadaan saya masa tu. Makan tapi tidak terhadam, segala lemak tempel ke area muka & bahagian yang sama senang lemak berlabuh. Pandai-pandai faham sendiri ya hehhe :D

Apa kaitan dgn entry keputusan, sakit & Herbalife? 

Bismillah. Ini part yang saya memang mahu share. Apa kaitan dengan entry diatas :)

Apabila Allah bagi saya ujian sakit kronik sembelit ni, saya memang tidak henti befikir, apa yang saya perlu buat ni? Sambil air mata terus jatuh. Depan suami. Nasib baik suami :) hehe

Saya kena buat sesuatu! That time, mentua perempuan memang expect my favourite food jadi punca :'( Ohh NO! Jangan pisahkan saya dengan LADA! miahaha. Bisik dalam hati saja :D
Suami ketika tu sudah start tukar sarapan & makan malam dengan Herbalife. Sudah pandai bebel saya dengan bab makan. -.-

Everday, saya search pasal makan sihat & bagaimana atasi sembelit. MasyaAllah, dalam pencarian saya, Herbal Aloe Concentrated yang menarik perhatian saya. Sebab apa? Sebab memang ada di rumah. Suami yang minum. Saya bab cari barang memang malas sikit, mana yang ada, tu la saja jadi harapan :D

"This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease"

October 2012, saya mulakan misi saya untuk disiplin makan. Jaga segala makan. Minum Herbal aloe ni. Everyday. Everytime. Sebotol saya boleh habiskan within 2 days. Minum terus saja, tidak perlu campur dengan air. Saya gigih sangat time tu, mahu cepat usus sihat, so saya sanggup minum Herbal Aloe ni. Habis, saya lari saja ke HQ Herbalife. Dekat saja, turun ke ground floor bangunan office saja :D

After 2days saya consumed benda ni saja, saya mula tgk web Herbalife. Mula mencari & memahami fungsi produk, menyelongkar beg distributor yang tak pernah disentuh. Wahhhh! Bestnyaaa ^_^


Entry ini akan bersambung. Lewat sudah. Lariiii balik rumah.


Wassalam





03 December 2013

Untuk apa ujian ini?

La hawla wala quwwata illa billah - "There is no might nor power except with Allah" T_T

Ya Allah, sangat kuat ujian yang Allah bagi dengan saya. Kalau tidak sandarkan semua kerana Allah, pasti hidup tersungkur. Jangankan tersungkur, tidak waras jadinya. Terima kasih Ya Allah atas semua ujian yang Engkau berikan. Ujian yang hebat tapi CintaMU lagi hebat T_T *Actually tidak tahu nak express ujian Allah bagi ni*

*********************************************************************

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu? Sebab Allah tidak sayang kita? Tidak! Sebab Allah sayang kita. Allah mahu buat kitalebih kuat. Allah tidak uji orang yang Dia tidak sayang. Kalau Allah tidak sayang kita, Dia akan biarkan saja kita, tidak hiraukan kita. Dan Allah yakin kita boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia mahu tengok setakat mana kesanggupan kita untuk terima ujian ni. Adakah kita akan salahkan Dia?

Saya yakin dengan ujian ni, buat kita lebih dekat dengan Allah kan? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]


Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang. Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah :)

Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati. Letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.”
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, kita akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan. Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut? Kan banyak sja yang jual ubat parut sekarang atau guna sja Soothing Gel Herbalife hehe. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

**********************************************************
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Ingatlah Allah tiupkan kekuatan kita melalui ujian yang DIA turunkan. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik Redha. La Tahzan. InshaAllah!



09 October 2013

7 Tahun Yang Lalu

Bismillah.

**Menghidupkan entry**

Januari 2007 - 7tahun yang lalu, saya merupakan seorang yang berani menyahut cabaran kakak saya walaupun terpaksaBukan cabaran yg mudah untuk saya buat keputusan. Cabaran yg melibatkan masa depan. Dengan niat mau teruskan pengajian tingkatan 6 Atas, kakak saya blablabla dengan reason yg agak munasabah la juga bila saya fikir balik. Dengan berbagai2 segala cabaran & dugaan yang perlu sya tempuhi bila teruskan tingkatan 6 fight for STPM. Saya lgi la susah hati berfikir macam2 yg dia ckp tu -.- Mungkin sebab dia sudah meredah badai, sebab tu macam2 keluar mantera (eihh tiada kaitan mantera) :D

Yes ok, Mama & Kak! 
Gambar ni saya ambil dari IG kak saya. Lepas tu crop sebab diorang posing dkt signboard "Jalan Hospital" :D
Dengan doa & harapan, saya gagahi diri untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu. Masih segar di ingatan, hari pendaftaran, cuma kakak yang menemani. Hujan lebat hari tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan, saya & kakak tumpang kawan ke KK. Tumpang abg kawan tu. Kawan ni sekelas dgn saya time form 1 till 3. Thank yous so much Hadi & Bro. Kami menuju ke destinasi yg sama. Hujan sgt lebat! Macam tau2 saja perasaan saya time tu T_T Berpisah dengan mama ibaratnya saya berpisah dengan lauk2 kampung masakan mama :D hehehe

Selesai urusan pendaftaran, kakak balik Ranau tumpang abg kawan tu juga. Seriously sgt sedih masa tu T_T Sorang pun saya tidak kenal. Kawan sorang ni pun berlainan kursus T_T Sangat independent. Kena tabah hati. Kak sempat pesan *Jaga diri & kesihatan ko tu* Masa ni, rasa mau ikut kak balik Ranau. Saya tidak dapat bayangkan hari2 mendatang saya. sobsob T_T

*Di tempat orang, pandai2 jaga diri* Ni saja pesan mama dgn saya sepanjang pengajian sya. Sepanjang pengajian saya di Politeknik, saya adalah tanggungan sepenuhnya oleh PTPTN & kakak saya. Sangat bersyukur, Rm 2,500 every semester, PTPTN bagi pinjam heheTapi tanpa PTPTN, kakak saya adalah orang yang akan menangis tiap2 bulan heheh. Thank You so Much PTPTN! sekarang masanya membayar balik pinjaman, Rm 100 every month adalah antara perkara wajib saya perlu settle bayar. Haruslah kena bertanggungjawab, time pakai tidak membebel, time membayar haruslah juga ringan tangan hulur bayar balik :D

SEDERHANA


Hidup sederhana adalah hidup tidak berlebih-lebihan, tidak bersikap mempertontonkan kemewahan kepada orang lain, terutamanya terhadap jiran tetangga. Hidup sederhana juga bererti sentiasa berlaku adil serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah SWT.

Sepanjang pengajian selama 3 tahun, Alhamdulillah saya menetap di hostel tanpa sebarang surat rayuan. Alhamdulillah. Sangat bersyukur. Tidak dapat bayangkan dimana saya stay tanpa KAMSIS POLITEKNIK KOTA KINABALU :D Allah permudahkan semuanya, Alhamdulillah! Dari awal pengajian, saya sentiasa berdoa supaya dapat stay di hostel. Sangat kerap! Tidak pula sekerap berdoa untuk CGPA maintain 3.5 above heheh. (Jangan tiru gaya berdoa begini)
  
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah. Dengan pelbagai cabaran, dugaan, pahit & manis, saya berjaya menamatkan pengajian saya. December 2009, sya menamatkan pengajian! 

Alhamdulillah! Convocation Day! Medal utk yg dpt pointer 3.5 above ^_^
Ramai yg dapat dalam kursus kami - DIPLOMA IN MARKETING
Classmates yg sama2 graduate! Tgk bukan saya sorang sja yg dapat fight 3.5 above ^_^
Alhamdulillah! All from Allah



Thank You Allah! Thank You Mama! Thank You Bapa! Thank You Kakak! Thank You Adik!
 Thank You all Lecturer! Thank You Politeknik Kota Kinabalu!