03 December 2013

Untuk apa ujian ini?

La hawla wala quwwata illa billah - "There is no might nor power except with Allah" T_T

Ya Allah, sangat kuat ujian yang Allah bagi dengan saya. Kalau tidak sandarkan semua kerana Allah, pasti hidup tersungkur. Jangankan tersungkur, tidak waras jadinya. Terima kasih Ya Allah atas semua ujian yang Engkau berikan. Ujian yang hebat tapi CintaMU lagi hebat T_T *Actually tidak tahu nak express ujian Allah bagi ni*

*********************************************************************

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu? Sebab Allah tidak sayang kita? Tidak! Sebab Allah sayang kita. Allah mahu buat kitalebih kuat. Allah tidak uji orang yang Dia tidak sayang. Kalau Allah tidak sayang kita, Dia akan biarkan saja kita, tidak hiraukan kita. Dan Allah yakin kita boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia mahu tengok setakat mana kesanggupan kita untuk terima ujian ni. Adakah kita akan salahkan Dia?

Saya yakin dengan ujian ni, buat kita lebih dekat dengan Allah kan? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]


Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang. Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah :)

Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati. Letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.”
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, kita akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan. Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut? Kan banyak sja yang jual ubat parut sekarang atau guna sja Soothing Gel Herbalife hehe. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

**********************************************************
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Ingatlah Allah tiupkan kekuatan kita melalui ujian yang DIA turunkan. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik Redha. La Tahzan. InshaAllah!



No comments:

Post a Comment