31 December 2013

Blessed 2013


Bismillahirahmannirahim. Have you had your shake today?


Allah yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Nauzubillah -..-'

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28] 

*********************************************************************************

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tahun 2013 cukup mengajar saya dan suami tentang kasih sayang, cinta, syukur, pengorbanan, sabar & redha T_T

Kasih Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa. 

Kasih Allah kami diajar untuk menjadi pasangan yang redha dengan ujian-Nya. Kami manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama dua tahun enam bulan usia rumahtangga kami untuk berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Belum dikurniakan cahaya mata untuk menceriakan hari-hari kami, namun kami redha & insyaAllah terus bersangka baik dengan Allah. Dengan imtihan ini kami kenal erti kasih sayang, lebih menghargai, bersyukur, perikemanusiaan & sabar. 

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” 
(Al-Baqarah, ayat 216) 

Kasih Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya. InsyaAllah

“…di setiap kesulitan pasti ada kesenangan, di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” 
(Surah Al-Insyirah)

'sentiasa mensyukuri nikmat & ujian Allah'

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak. 

************************************************************************************************************

Terima Kasih Ya Allah kerana menghadirkan & meminjamkan kami insan-insan yang luar biasa dalam perjalanan mencari masa depan kami. Thank you so much my beloved upline Amalina Peter & Abqari Hamid.



"Always admire the top people in our field. Speak positively about them. Look up to them and use them as our role model. Try to emulate them in every way possible. Be happy for their success. Keep reminding ourself that anything that they have accomplished, we can accomplish as well. Be grateful that there are people ahead of us and making more money than us because this is proof that we can achieve the same goals. Always want for others what we want for ourself."


To my beloved Zauj, Thank you for always stand strong besides me! I love u always till jannah! InsyaAllah. May Allah always bless us T_T

18 December 2013

Keputusan Dalam Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

‘Guess if you can, choose if you dare’ 
-Pierre Corneillie-
************************************************************************************************************
Roda waktu tidak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?

Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.

Ada bezakah? 

Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.

Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting. 



  
‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do’
 -Elbert Hubbard-


1. Pastikan minda kita dalam keadaan baik

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.

Adakah ketika itu kita sedang marah? Atau sedang sedih? Kecewa? Geram? Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?

Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tidak gembira?

Kenapa perlu berbuat demikian? Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita.

Pastikan minda kita dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solat istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan kita : Positif. 

Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Fokus sudut pandang kita. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.

‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ 
-Paul Clark- 


 2. Menilai dan punyai matlamat yang jelas

Senang cerita, optimis.

Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.

Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara’.

‘Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ 
-Hasidic Saying-

Saya meningatkan diri sendiri, apa pun keputusan kita, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.

************************************************************************************************************
Why Herbalife

Mesti ramai yang tertanya, kenapa saya dengan Herbalife? Apa kaitan entry buat keputusan dengan Herbalife pula? :D Hehe

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Ilahi, setahun yang lepas Allah bagi ujian nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan. Bila-bila Allah boleh tarik nikmat ini. SubhanAllah. 

Setahun yang lepas, setelah Allah berikan nikmat makanan yang lazat, Allah turunkan pula ujian sakit. Sakit penghadaman. Kronik sembelit! Allah bagi ujian kecil saja pun, tapi bagi saya ianya sangat besar. MasyaAllah. 

Siapa tidak tahu apa Sembelit? Sebenarnya saya pun tidak tahu ulas apa sembelit secara formal, so dgn pantas saya meminta bantuan mr/ms google :D

Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita. - http://www.efarmasi.com.my  

Hah! Faham? 




Inilah saya & keadaan yang saya alami, sama persis seperti gambar diatas hehe. Sakit mau teran:D Bila membuang najis, sekali keluar dgn darah. MasyaAllah, hanya Allah yang tahu betapa luluh hati saya. Time tu, doktor sahkan juga tekanan darah saya sangat rendah. Apa tidak, asal membuang, darah turut keluar sama -..-'

Bagai menangis tidak berlagu Simpulan bahasa yang sangat sinonim dengan keadaan saya masa tu. Makan tapi tidak terhadam, segala lemak tempel ke area muka & bahagian yang sama senang lemak berlabuh. Pandai-pandai faham sendiri ya hehhe :D

Apa kaitan dgn entry keputusan, sakit & Herbalife? 

Bismillah. Ini part yang saya memang mahu share. Apa kaitan dengan entry diatas :)

Apabila Allah bagi saya ujian sakit kronik sembelit ni, saya memang tidak henti befikir, apa yang saya perlu buat ni? Sambil air mata terus jatuh. Depan suami. Nasib baik suami :) hehe

Saya kena buat sesuatu! That time, mentua perempuan memang expect my favourite food jadi punca :'( Ohh NO! Jangan pisahkan saya dengan LADA! miahaha. Bisik dalam hati saja :D
Suami ketika tu sudah start tukar sarapan & makan malam dengan Herbalife. Sudah pandai bebel saya dengan bab makan. -.-

Everday, saya search pasal makan sihat & bagaimana atasi sembelit. MasyaAllah, dalam pencarian saya, Herbal Aloe Concentrated yang menarik perhatian saya. Sebab apa? Sebab memang ada di rumah. Suami yang minum. Saya bab cari barang memang malas sikit, mana yang ada, tu la saja jadi harapan :D

"This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease"

October 2012, saya mulakan misi saya untuk disiplin makan. Jaga segala makan. Minum Herbal aloe ni. Everyday. Everytime. Sebotol saya boleh habiskan within 2 days. Minum terus saja, tidak perlu campur dengan air. Saya gigih sangat time tu, mahu cepat usus sihat, so saya sanggup minum Herbal Aloe ni. Habis, saya lari saja ke HQ Herbalife. Dekat saja, turun ke ground floor bangunan office saja :D

After 2days saya consumed benda ni saja, saya mula tgk web Herbalife. Mula mencari & memahami fungsi produk, menyelongkar beg distributor yang tak pernah disentuh. Wahhhh! Bestnyaaa ^_^


Entry ini akan bersambung. Lewat sudah. Lariiii balik rumah.


Wassalam





03 December 2013

Untuk apa ujian ini?

La hawla wala quwwata illa billah - "There is no might nor power except with Allah" T_T

Ya Allah, sangat kuat ujian yang Allah bagi dengan saya. Kalau tidak sandarkan semua kerana Allah, pasti hidup tersungkur. Jangankan tersungkur, tidak waras jadinya. Terima kasih Ya Allah atas semua ujian yang Engkau berikan. Ujian yang hebat tapi CintaMU lagi hebat T_T *Actually tidak tahu nak express ujian Allah bagi ni*

*********************************************************************

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu? Sebab Allah tidak sayang kita? Tidak! Sebab Allah sayang kita. Allah mahu buat kitalebih kuat. Allah tidak uji orang yang Dia tidak sayang. Kalau Allah tidak sayang kita, Dia akan biarkan saja kita, tidak hiraukan kita. Dan Allah yakin kita boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia mahu tengok setakat mana kesanggupan kita untuk terima ujian ni. Adakah kita akan salahkan Dia?

Saya yakin dengan ujian ni, buat kita lebih dekat dengan Allah kan? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]


Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang. Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah :)

Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati. Letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.”
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, kita akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan. Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut? Kan banyak sja yang jual ubat parut sekarang atau guna sja Soothing Gel Herbalife hehe. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

**********************************************************
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Ingatlah Allah tiupkan kekuatan kita melalui ujian yang DIA turunkan. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik Redha. La Tahzan. InshaAllah!